Wednesday, February 8, 2012

sambutan maulurrasul 1433H peringkat daerah sik

assalaumualaikum sudah banyak bulan saya tak update blog saya.program yang padat hingga tak sempat nak menjengah blog.apa pun yang pasti banyak pengalaman yang ingin dikingsi bersama dengan sahabat2 semua. alhamdulillah tanggal 12 rabi'ul awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012, saya dengan saf kepimpinan dewan pemuda pas kawasan sik dengan kerjasama persatuan pelajar pondok tauhid(PPPT) telah menganjurkan satu program yang julung2 kalinya diadakan di daerah sik. Yang pastinya ia memberi impak yang cukup besar kepada semua pihak terutama dewan pemuda pas kawasan sik dalam keadaan banyak pihak yang dilihat berpecah belah dan mencari halatuju perjuangan. peryertaan hampir 2000 orang pada majlis sambutan maulidurrasul pada tahun ini, membuka mata banyak pihak dalam menilai kemampuan saff kepimpinan pemuda dalam merealisasikan agenda dakwah dan parti.perarakan yang bermula dari perkarangan mahkamah majestret sik ke padang awam sik.Tuan Guru Haji Salleh Musa iaitu pengasas pondok ar-rahmaniah pekan sik mengetuai perarakan.turut mengiringi Tuan Guru ialah ahli parlimen sik,tuan-tuan guru pondok daerah sik,ketua pemuda setiap cawangan dan orang ramai,turut memeriahkan perarakan ialah dengan pemnyertaan pelajar2 PASTI daearah sik. diantara aturcara majlis dimulakan daengan perarakan menuju ke padang awam sik,kemudian Tauan Guru mengambil slot ceramah sempena sambutan maulidrurasul 1433H dengan membawa tema " lau kaana rasulullah bainana".majlis berakhir pada pukul 1.00 petang.alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kekuarangan yang tidak dapat dielakkan.diharapakan kelemahan pada tahun ini akan ddapat disempurnakan pada tahun hadapan.insyaallah. akhir kalam,terima kasih kepada semua pihak menjayakan program samada secara langsung @ tidak langsung.semoga segala gerakkerja yang kita lakukan menjadi satu ibadah dan diterima disisi Allah dan mengharapkan syafaat daripada Rasulullah saw dipadang masyar kelak.amin yarabbal a lamin.

No comments:

Post a Comment